Monday, February 9, 2009

SEJARAH KG RAJA BASHAH


Ingin mengetahui sejarah kg raja bashah...meh la baca dekat bawah nie no


Sepertimana yang kita tahu di setiap tempat mesti ada sejarah masing-masing begitu juga di Kampung Raja Bashah yang ada asal usulnya yang tersendiri.Pada asalnya Kampung Raja Bashah cuma mempunyai dua buah keluarga yang berasal dari tempat lain. Mereka merantau jauh untuk mencari penempatan baru. Setelah merantau jauh, mereka mendapati Kampung Raja Bashah amat sesuai untuk dijadikan sebagai penempatan mereka. Disebabkan itu, mereka pun mendirikan rumah-rumah mereka di situ. Tidak lama selepas itu, datang seorang perantau yang berasal dari salur galur keturunan sultan yakni Sultan Idris. Dia masuk ke kampung yang kini dinamakan sebagai Kampung Raja Bashah sempena namanya lalu menetap di situ. Penduduk asal sebelum kedatangan beliau telah menamakan kampung tersebut sebagai Kampung Raja Bashah sebagai penghormatan kepada Raja Bashah yang mempunyai darah sultan. Peristiwa tersebut telah membentuk identiti diri kebanyakan penduduk di kampung tersebut hinggalah ke hari ini.
Dan sekarang kira-kira 1,800 orang penduduk mendiami kawasan Kuala Kurau. Kampung Raja Bashah, salah satu kampung yang terletak dalam kawasan Kuala Kurau mempunyai penduduk melebihi 300 orang. Sembilan puluh sembilan peratus penduduk kampung tersebut didiami oleh kaum Melayu. Manakala yang satu peratus lagi ialah kaum Cina. Kaum Cina dan lain-lain kebanyakannya menetap di luar kawasan Kampung Raja Bashah seperti di kawasan Pekan Kuala Kurau...






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca-pembaca sekalian bertemu kita lagi di blog PPIK Kg Raja Bashah...di mana anda semua sedia maklum PPIK ini ditubuhkan untuk menyedarkan masyarakat di luar bandar bertanpa pentingnya internet dikalangan kita semua,di mana inisiatif kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan dengan berbagai konsep dan prasarana dengan tujuan yang sama iaitu bagi merapatkan jurang digital di antara kita semua.